Ternakan babi Kampung_Sungai_Nipah

Ladang ternakan babi pernah mendominasi kawasan ini dan mencetuskan penyakit virus berbahaya iaitu virus Nipah (Virus Nipah daripada genus Henipavirus daripada famili Paramyxoviridae) yang menjadi penyebab penyakit Nipah Virus Encephalitis pada tahun 1998-1999. Pada awalnya penyakit Nipah Virus Encephalitis ini disalah diagnosa sebagai penyakit Japanese Encephalitis (JE).[1][2] Babi yang diternak di kawasan ini dieksport ke negara Singapura. Bukit Pelanduk dan sekitarnya dikatakan kawasan ternakan babi terbesar di Asia Tenggara. Kawasan ini tidaklah jauh dari KLIA dan mencetuskan kebimbangan yang besar pada masa itu.

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengambil beberapa langkah proaktif bersama Jabatan Mikrobiologi Perubatan , Universiti Malaya dan beberapa saintis asing. Seramai 115 orang maut akibat JE daripada 265 kes yang dijangkiti. Lebih satu juta babi telah dimusnahkan di negara ini. 36,000 hilang pekerjaan dan puluhan ribu lagi terjejas kehidupan. Kerajaan telah mengharamkan ternakan babi di sana . Malaysia menjadi pengimport daging dan bukan lagi pengeksport daging babi.

Kira-kira 500 penduduk telah menyaman kerajaan dan menuntut gantirugi pada 2002 tetapi tertangguh selama enam tahun. [3]